MGS KLANG






Puan Ruth Eklund tiba di Klang pada tahun 1952 bersama suami beliau iaitu Reverend Abel Eklund yang bertugas sebagai guru besar ACS Klang. Dengan kebenaran dari pihak gereja, galakan dan bantuan pengarah iaitu Sir Richard Winstedt, Puan Eklund menubuhkan sebuah sekolah untuk memenuhi keperluan murid-murid perempuan.

Bangunan sekolah yang pertama
Pada tahun 1926, tapak pembangunan sekolah di Jalan Sultan dibeli dan 4 buah bilik darjah serta sebuah pejabat telah dibina. Yang Amat Mulia Almarhum Sultan Alam Shah bermurah hati menderma sebuah lagi bilik darjah dan sekolah itu diiktiraf sebagai sekolah bantuan kerajaan.

Pada tahun 1934. 7 orang pelajar menduduki Peperiksaan Junior Cambridge buat kali pertama.

Pada tahun 1936, Pn. Eklund kembali ke Klang dan membantu Cik Constance Meyer, Guru Besar ke-3 MGS untuk membina 2 bilik darjah lagi dan membaiki bangunan asal.

Pada tahun 1938, buat kali pertama, 3 orang pelajar mengambil Peperiksaan Senior Cambridge. Pembelajaran telah terhenti pada zaman Jepun menduduki Tanah Melayu. Dan sekolah ini dibuka semula pada September 1945.


Bangunan sekolah di Jalan Raya Barat
Sekolah ini terselamat daripada kesan-kesan peperangan. Lembaga pendidikan Methodist membeli sebidang tanah seluas 4.696 ekar di Jalan Raya Barat berharga RM 12 500 untuk membina sekolah yang lebih besar lagi. Unit pertama bangunan MGS mempunyai 8 bilik darjah, sebuah makmal sains dan sebuah pejabat sekolah yang didirikan pada tahun 1952.


Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAM Raja Jemaah Tengku Amouan Selangor pada 10 Mei 1952. Bahagian menengah di pindahkan ke bangunan baru manakala bahagian sekolah rendah masih di bangunan lama.


Pada tahun 1954, unit kedua telah didirikan. Unit ini mempunyai 4 buah kelas, sebuah bilik sains rumahtangga dan sebuah dewan kecil. Bangunan ini telah dirasmukan oleh Teramat Mulia Raja Jemaah pada 10 April 1952.


Pada tahun 1955, bangunan sekolah lama di Jalan Sultan telah dirobohkan oleh MPK Klang. Oleh sebab itu, bahagian sekolah rendah terpaksa dipindahka ke sekolah di Jalan Raya Barat.


Dengan pelaksanaan Akta Pelajaran Tahun 1958, SMK (P) Methodist Klang telah dipisahkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dengan ditadbir oleh guru besar yang berlainan.


Pada tahun 1975, sebuah kelas Tingkatan 6 Bawah sastera telah di mulakan dan pada tahun 1976 Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di ambil oleh pelajar SMK (P) Methodist Klang di pusat sendiri. Percubaab berikutnya adalah sukatan KBSM dan mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan.


Pada tahun 2001, sebuah surau telah didirikan menggantikan surau lama yang dibuat daripada kontena bagi kegunaan pelajar dan guru-guru Muslim. Dalam tahun yang sama juga, sebuah kantin lebih telah di bina bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.


Dataran Bestari juga telah di bina bagi membolehkan perhimpunan rasmi dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa. Sebuah pondok keselamatan dibina serentak dengan pintu pagar kawalan jauh untuk keselamatan pelajar-pelajar.


Unit-unit bangunan sekolah ini di bina secara berperingkat-peringkat sehingga pada hari ini.






. Newer Post